Objektif PPPM
Sistem pendidikan negara dapat diperkasa dan dibangunkan
secara berterusan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 yang dirangka berasaskan tiga objektif khusus
supaya Malaysia mampu berdaya saing pada peringkat global.
Menurut PPPM 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 September 2013
yang lalu, tiga objektif itu ialah:
- Memahami
prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan
akses kepada pendidikan, peningkatan standard (kualiti), merapatkan
jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam
kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.
- Mewujudkan visi
dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan murid bagi 13
tahun yang seterusnya sehingga 2025.
- Menggariskan program
transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan termasuk
perubahan utama dalam kementerian yang membolehkan sistem ini memenuhi
permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi
awam.