Pages

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SKOMT berazam dan berusaha untuk memenuhi kehendak pelanggan kami berdasarkan piagam pelanggan berikut:

  • Berusaha memberi pendidikan berkualiti kepada semua murid dengan  adil dan saksama.
  • Menyediakan ABM mengikut keperluan dan kemampuan sekolah.
  • Bertanggungjawab menjaga keselamatan, kesihatan, dan kebersihan di sekolah.
  • Memberi khidmat nasihat dan kauseling kepada murid yang bermasalah.
  • Mengadakan program pemulihan kepada murid-murid yang lemah dalam pelajaran.
  • Mengadakan aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan, unit beruniform, kelab dan persatuan
  • Mengadakan kelas tambahan dan intensif bagi murid-murid yang menghadapi peperiksaan.
  • Staf :
    • Mengambil tindakan segera mengikut prosedur perkhidmatan yang ditetapkan dalam urusan pembayaran gaji.
    • Memberi pengesahan perjawatan kepada staf mengikut pekeliling.
    • Memaklumkan tawaran kenaikan pangkat kepada staf yang layak.
    • Memberi peluang kepada staf untuk melanjutkan pelajaran.
    • Memastikan setiap guru hadir berkursus sekurang-kurangnya sekali setahun.
    • Berusaha mengagihkan tugas secara seimbang.
    • Menyediakan prasarana yang sesuai untuk kemudahan staf.
  • Ibubapa / penjaga :
    • Mengadakan hubungan baik dengan ibubapa murid dan PIBG.
    • Meningkatkan permuafakatan dan penglibatan mesyarakat dalam urusan pendidikan.
    • Mengambil tindakan segera atas setiap aduan berkaitan anak / jagaan.
    • Permohonan pertukaran murid yang lengkap diproses dalam masa sejam.
  • Stakeholder :
    • Memenuhi arahan dan kehendak dari PPD,JPN,JPS dan KPM.
    • Bekerjasama dalam menjayakan program dan aktiviti pendidikan peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
  • Agensi Luar :
    • Bekerjasama untuk menjayakan program dan aktiviti pendidikan di pelbagai peringkat.

No comments:

Post a Comment